CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, August 9, 2011

PERJANJIAN BERDARAH

Ini ialah novel seram terbaru saya yang ketiga selepas Pewaris Senja. Akan berada di pasaran sekitar bulan Ogos ini. Dapatkan di kedai buku berhampiran anda..

PERJANJIAN BERDARAH




Sinopsis

ISBN 978-967-365-084-2
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

Pak Long Jenal bersama Pak Bakar membaca mantera sambil memuja botol yang berisi minyak dagu mayat Rokiah itu. Pak Long Jenal berkali-kali menyeru nama Rokiah sambil matanya membuntang memandang ke arah botol minyak itu. Setelah lama menyeru akhirnya minyak itu bersuara. Pak Long Jenal tersenyum. Usahanya telah berjaya. Dalam dunia ilmu hitam, bunyi yang dikeluarkan oleh minyak itu ialah suara qarin.

Kehadirannya adalah sebagai penyampai kepada manusia yang gilakan kuasa dan ilmu. Qarin sanggup melakukan apa sahaja yang disuruh dan diarahkan asalkan dijamu dengan darah. Ia telah banyak berbakti, membantu Pak Long Jenal mengubati pesakit dan melaksanakan kerja-kerja ilmu hitam. Pak Long Jenal semakin tamak. Dia sanggup menggunakkan Budin dan Eizham. Roh dan mayat menjadi permainan.

Eizham sanggup melakukan apa sahaja asalkan Fisha menjadi miliknya. Eizham mendapatkan bantuan Pak Long Jenal, bapa saudaranya. Pak Long Jenal berjanji akan menjampi minyak dagu itu supaya lebih mujarab dan menyebabkan Fisha tunduk dan patuh kepada Eizham. Kebahagiaan yang mereka cari hanya seketika sahaja. Kehidupan Eizham dan Fisha mula diganggu oleh roh arwah Rokiah. Pendamping Pak Long Jenal juga turut mengganggu kehidupan Eizham dan Fisha.

Namun perjanjian tetap perjanjian, walaupun darah bayaran…




Saturday, December 4, 2010

Namaku Bedah




Namaku Bedah binti Bedul.Nama indah pemberian ibu dan arwah bapa adalah hasil gabungan nama mereka berdua iaitu Bedul dan Hamidah.
Berkali-kali aku meminta daripada ibu supaya dia benarkan penukaran nama.Namun, katanya namaku itu tanda cinta dia dan arwah bapa.Oleh itu, aku tidak dibenarkan sama sekali menukarnya.
Bagaimana aku akan mendaftar di kolej dengan nama itu?Gadis secantik aku bernama Bedah!Tidak padan, bukan?Dengan nekad, aku menggunakan nama baru di kolej.

Namun, langit tidak selalu cerah.Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Hakikatnya, namaku tetap...
BEDAH!

P/S Akan diterbitkan pada 24 Disember ini..

Siri Si Duyung Comel : Selamakan Dania

Ini merupakan siri terbaru Si Duyung Comel. Akan mula diterbitkan pada 15 Disember ini. Nantikan juga sambungan kepada siri ini yang kini sedang dalam pemprosesan.



Sinopsis

Dania si ikan duyung sudah berjumpa dengan kembarnya Danis. Pada mulanya mereka hidup bahagia dengan Aiman dan Daniel yang sentiasa menjaga mereka. Sehinggalah pada suatu hari, Dania terkena tumpahan minyak dan kulitnya melepuh. Bermula dari itu Dania menjadi buruan seorang doktor di Australia. Dia menawarkan sejumlah wang besar kepada abang sepupu Daniel iaitu Fareez. Namun hal itu tidak diketahui oleh Aiman dan Daniel sehinggalah terjadi sesuatu.

Mampukah mereka menyelamatkan Dania dari bahaya?

Thursday, April 22, 2010

Bengkel Penulisan Kreatif di Perlis

Monday, January 18, 2010

AKAN DATANG!


NANTIKAN SEBUAH LAGI KISAH SERAM DAN FIKSYEN INI DARI SAYA...'BIAR APA PUN YANG DATANG, KITA TETAP BERSEMADI SELAGI ADA KITA DI SINI!'

Wednesday, December 30, 2009

SENARAI PENULISAN AKADEMIK 2009

Berikut adalah senarai karya penulisan akademik yang telah saya hasilkan sepanjang tahun 2009 ini. Insyallah, di tahun 2010 ini akan menyusul lagi beberapa buah karya akademik di dalam hasil kajian yang berlainan pula.

  • Kedudukan Bahasa Melayu di Sektor Perbankan ( UUM)
  • 1 Malaysia Harapan Bangsa (Perpustakaan Negara Malaysia)
  • Sumbangan Astronomi Pemangkin Negara (Angkasa)
  • Analisis Kesilapan Tatabahasa Dalam Karya Ilmiah (UUM)
  • Sumbangan Za'aba dalam Karya Terjemahan (UUM)
  • Analisis Sosio-budaya dalam Karya Fydor Mikhail (UUM)
  • Pembangunan Modal Insan (UUM)
  • Analisis Karya Terjemahan "Keagungan Ilmu" (UUM)
  • Bahasa Mati: Bahasa Melayu Kontemporari (UUM)
  • Analisis Pemujukan Cara Pendakwah (UUM)
  • K-Masyarakat: Cabaran dan Isunya (UUM)
  • Inflasi Sifar: Perana dan Analisis (UUM)
Penulisan akademik memerlukan ketelitian dalam menghasilkannya. Segala huraiannya serta hujahnya mestilah disokong dengan fakta. Berbeza dengan penulisan novel, setiap baris ayat dan perkataan yang dipaparkan adalah hasil imaginasi kita.

Monday, November 23, 2009

Pewaris Senja kini cetakan ke-2 !


Pewaris Senja telah pun dibeli oleh Perpustakaan Negara sebanyak 1089 buah untuk tahun ini. Terima kasih kepada pihak Karnadya Solutions Sdn Bhd di atas kerjasama yang diberikan. Novel ini juga telah menjadi bahan analisis oleh Profesor Madya Dr. Hasnah Ibrahim dari UUM. Insyallah, saya akan paparkan analisisnya di laman blog ini nanti.

Untuk anda yang masih belum memilki novel ini, dapatkan cetaklan terbaru ini nanti...