CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, May 30, 2018

PERADUAN KRITIK BUKU ITBM DI FACEBOOK/BLOG 2018




Judul Buku     :    Mengemudi Emosi Edisi Kedua Mind Ove Mood
Penulis            :   Dennis Greenberger, Christine A. Padesky
Penterjemah   :    Abd Rahim Mohammad, Maisara Yusra, Maria Zalina Abdul Rahim
                           Mohammad Rasli Hussin, Norlehan Abd Samad, Rafidah Bahari,                                        Sabariah Abd Hamid, Shaharudin Abd Rashid dan Wan Roslina Wan                                            Rosli.           
No. ISBN        : 978-967-460-695-4
Harga              : RM60.00 (Sem. Malaysia)/RM65.00(Sabah/Sarawak)


ULASAN BUKU
Kali pertama melihat buku ini pada cetakan pertamanya oleh pihak ITBM, saya tertanya-tanya apakah keistimewaannya buku ini sehinggakan terpilih diterjemahkan oleh pihak barisan penterjemah ITBM. Saya juga berfikir beberapa kali untuk mendapatkan buku ini kerana awalnya berasakan isi kandungannya bersifat lewah sahaja. Namun jangkaan saya tersilap, sebaik sahaja mendapatkan buku ini dan melihat sekali imbas isi kandungannya, saya terpaku kerana isi kandungannya adalah berkait rapat dengan diri kita sebagai manusia.
Buku ini memaparkan bagaimana kita sebagai manusia menilai diri melalui perlakuan emosi yang wujud secara lahiriah dalam diri manusia. Setiap manusia di dunia ini memiliki emosi dan penilaiannya menjadi tunjang utama dalam mendapatkan jawapannya. Meskipun buku ini karya terjemahan, saya melihat isi kandungannya tidak lari daripada karya asal buku ini, iaitu oleh Mind Over Mood.
Buku ini bukan sahaja membincangkan secara ilmiah yang lengkap dengan paparan teori dan bukti jadual bergambarajah yang mudah difahami oleh sesiapa sahaja yang membacanya. Saya memberi jaminan, mereka yang membaca buku ini pasti dapat membantu menilai dirinya sendiri dan secara tidak langsung melihat sendiri kelemahan diri dalam berinteraksi dan berkomunikasi bersama dengan individu lainnya. Laras bahasa yang digunakan dalam buku ini lebih mudah difahami berbanding karya asal yang bagi saya larasnya terlampau tinggi akademiknya.
Selain itu, saya tertarik dengan gaya penyampaian setiap bab dalam buku ini yang memapakan ringkasan setiap bab. Ringkasan di setiap bab ini adalah isi penting yang wajar diingati oleh pembaca yang membaca buku ini. Buku berkaitan emosi ini wajar diberikan pendedahan dan dipromosikan dengan lebih giat lagi khasnya kepada golongan remaja masa kini yang kebanyakannya menghadapi dilema dalam mengenal diri dan personaliti diri mereka masing-masing. Ini kerana amat sayang sama sekali jika buku sehebat ini tidak diketahui umum sedangkan di negara luar, buku ini menjadi simpanan dan panduan dalam merubah pemikiran individu.
Akhir sekali, bentuk fizikal buku ini juga sederhana dan mungkin boleh dipertingkatkan lagi untuk menarik perhatian lebih ramai pembaca menelaah isi kandungannya yang 100% memberikan kelebihan dan manfaatnya.

0 comments: