CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, May 30, 2015

ULASAN NOVEL SARJANA BANGSA

Tajuk Buku       :           Sarjana Bangsa
Penulis             :           Hasanuddin Md. Isa
Penerbit           :           Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Ulasan Oleh      :           Mohd Shahremy Ikmal bin Shahbudin     

Ulasan
Melihat sahaja tajuknya, iaitu ‘Sarjana Bangsa’, saya terus tertarik untuk menghadam isi kandungan novel ini yang disifatkan oleh saya sebagai sebuah novel yang mampu untuk membakar semangat saya bagi mencintai negara. Namun, saya tersilap jangkaan apabila novel ini bukannya mempertaruhkan penceritaan berkaitan semangat kenegaraan sebaliknya mempetaruhkan semangat hubungan dua kaum yang berbeza untuk disatukan sebagai pasangan keluarga.

Saya melihat penceritaan novel ini dari sudut yang meluas dan bukannya dari sudut penceritaan sahaja. Pertamanya, penggunaan perkataa-perkataan yang jarang digunakan telah menambahkan pengetahuan pembaca serta tidak ketinggalan petikan-petikan hadis serta surah al-Quran yang digunakan juga membantu menambahkan pengetahuan pembaca dari sudut agama. Keduanya, intertekstualiti penceritaan berdasarkan kepada kisah-kisah terdahulu seperti sejarah bangsa, sejarah agama dan sejarah am, menambahkan lagi rencah cerita ini yang berkaitan dengan peredaran zaman yang dilalui watak utama dalam novel ini iaitu Isyraf Eilmi. Dan, ketiganya ialah penceritaan berkaitan adat dan budaya yang menjadi sokongan penceritaan oleh penulis dalam menghadapi dugaan dalam pencarian ilmu untuk menjadi golongan cerdik pandai yang lebih berketrampilan. Dan, bagi saya keseluruhan penceritaan novel ini adalah menarik dan perlukan penghayatan bacaan yang lebih bagi mendalami naratif penceritaannya yang pelbagai.

Namun demikian, pada pandangan saya terdapat juga beberapa kelemahan yang dapat diperhatikan dalam naratif penceritaan novel ini iaitu, terlampau banyak maklumat dan data yang ditunjukkan sehinggakan naratif penceritaannya menjadi sedikit bosan. Kemungkinan akan membuatkan pembaca melangkaui setiap muka surat berkenaan adalah tinggi dan seterusnya menghilangkang ‘mood’ pembaca. Beberapa perkongsian maklumat dan data yang ditunjukkan adalah data yang bukannya terkini dan kemungkinan diperolehi ketika penulis menulis cerita namun apabila novel ini diterbitkan, datanya sudah berubah dan berlainan. Namun demikian, kelemahan itu adalah kecil jika dibandingkan dengan penceritaannya yang ternyata berlainan sama sekali dengan novel-novel lain yang berada di pasaran. Dan, saya tidak teragak-agak untuk mengesyorkan novel kepada pembaca lain yang dahagakan sebuah karya yang mencabar minda untuk membuatkan kita berfikir dan terus berfikir. 

1 comments:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)