CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, May 30, 2018

PERADUAN KRITIK BUKU ITBM DI FACEBOOK/BLOG 2018




Judul Buku     :    Mengemudi Emosi Edisi Kedua Mind Ove Mood
Penulis            :   Dennis Greenberger, Christine A. Padesky
Penterjemah   :    Abd Rahim Mohammad, Maisara Yusra, Maria Zalina Abdul Rahim
                           Mohammad Rasli Hussin, Norlehan Abd Samad, Rafidah Bahari,                                        Sabariah Abd Hamid, Shaharudin Abd Rashid dan Wan Roslina Wan                                            Rosli.           
No. ISBN        : 978-967-460-695-4
Harga              : RM60.00 (Sem. Malaysia)/RM65.00(Sabah/Sarawak)


ULASAN BUKU
Kali pertama melihat buku ini pada cetakan pertamanya oleh pihak ITBM, saya tertanya-tanya apakah keistimewaannya buku ini sehinggakan terpilih diterjemahkan oleh pihak barisan penterjemah ITBM. Saya juga berfikir beberapa kali untuk mendapatkan buku ini kerana awalnya berasakan isi kandungannya bersifat lewah sahaja. Namun jangkaan saya tersilap, sebaik sahaja mendapatkan buku ini dan melihat sekali imbas isi kandungannya, saya terpaku kerana isi kandungannya adalah berkait rapat dengan diri kita sebagai manusia.
Buku ini memaparkan bagaimana kita sebagai manusia menilai diri melalui perlakuan emosi yang wujud secara lahiriah dalam diri manusia. Setiap manusia di dunia ini memiliki emosi dan penilaiannya menjadi tunjang utama dalam mendapatkan jawapannya. Meskipun buku ini karya terjemahan, saya melihat isi kandungannya tidak lari daripada karya asal buku ini, iaitu oleh Mind Over Mood.
Buku ini bukan sahaja membincangkan secara ilmiah yang lengkap dengan paparan teori dan bukti jadual bergambarajah yang mudah difahami oleh sesiapa sahaja yang membacanya. Saya memberi jaminan, mereka yang membaca buku ini pasti dapat membantu menilai dirinya sendiri dan secara tidak langsung melihat sendiri kelemahan diri dalam berinteraksi dan berkomunikasi bersama dengan individu lainnya. Laras bahasa yang digunakan dalam buku ini lebih mudah difahami berbanding karya asal yang bagi saya larasnya terlampau tinggi akademiknya.
Selain itu, saya tertarik dengan gaya penyampaian setiap bab dalam buku ini yang memapakan ringkasan setiap bab. Ringkasan di setiap bab ini adalah isi penting yang wajar diingati oleh pembaca yang membaca buku ini. Buku berkaitan emosi ini wajar diberikan pendedahan dan dipromosikan dengan lebih giat lagi khasnya kepada golongan remaja masa kini yang kebanyakannya menghadapi dilema dalam mengenal diri dan personaliti diri mereka masing-masing. Ini kerana amat sayang sama sekali jika buku sehebat ini tidak diketahui umum sedangkan di negara luar, buku ini menjadi simpanan dan panduan dalam merubah pemikiran individu.
Akhir sekali, bentuk fizikal buku ini juga sederhana dan mungkin boleh dipertingkatkan lagi untuk menarik perhatian lebih ramai pembaca menelaah isi kandungannya yang 100% memberikan kelebihan dan manfaatnya.

Saturday, May 30, 2015

ULASAN NOVEL SARJANA BANGSA

Tajuk Buku       :           Sarjana Bangsa
Penulis             :           Hasanuddin Md. Isa
Penerbit           :           Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Ulasan Oleh      :           Mohd Shahremy Ikmal bin Shahbudin     

Ulasan
Melihat sahaja tajuknya, iaitu ‘Sarjana Bangsa’, saya terus tertarik untuk menghadam isi kandungan novel ini yang disifatkan oleh saya sebagai sebuah novel yang mampu untuk membakar semangat saya bagi mencintai negara. Namun, saya tersilap jangkaan apabila novel ini bukannya mempertaruhkan penceritaan berkaitan semangat kenegaraan sebaliknya mempetaruhkan semangat hubungan dua kaum yang berbeza untuk disatukan sebagai pasangan keluarga.

Saya melihat penceritaan novel ini dari sudut yang meluas dan bukannya dari sudut penceritaan sahaja. Pertamanya, penggunaan perkataa-perkataan yang jarang digunakan telah menambahkan pengetahuan pembaca serta tidak ketinggalan petikan-petikan hadis serta surah al-Quran yang digunakan juga membantu menambahkan pengetahuan pembaca dari sudut agama. Keduanya, intertekstualiti penceritaan berdasarkan kepada kisah-kisah terdahulu seperti sejarah bangsa, sejarah agama dan sejarah am, menambahkan lagi rencah cerita ini yang berkaitan dengan peredaran zaman yang dilalui watak utama dalam novel ini iaitu Isyraf Eilmi. Dan, ketiganya ialah penceritaan berkaitan adat dan budaya yang menjadi sokongan penceritaan oleh penulis dalam menghadapi dugaan dalam pencarian ilmu untuk menjadi golongan cerdik pandai yang lebih berketrampilan. Dan, bagi saya keseluruhan penceritaan novel ini adalah menarik dan perlukan penghayatan bacaan yang lebih bagi mendalami naratif penceritaannya yang pelbagai.

Namun demikian, pada pandangan saya terdapat juga beberapa kelemahan yang dapat diperhatikan dalam naratif penceritaan novel ini iaitu, terlampau banyak maklumat dan data yang ditunjukkan sehinggakan naratif penceritaannya menjadi sedikit bosan. Kemungkinan akan membuatkan pembaca melangkaui setiap muka surat berkenaan adalah tinggi dan seterusnya menghilangkang ‘mood’ pembaca. Beberapa perkongsian maklumat dan data yang ditunjukkan adalah data yang bukannya terkini dan kemungkinan diperolehi ketika penulis menulis cerita namun apabila novel ini diterbitkan, datanya sudah berubah dan berlainan. Namun demikian, kelemahan itu adalah kecil jika dibandingkan dengan penceritaannya yang ternyata berlainan sama sekali dengan novel-novel lain yang berada di pasaran. Dan, saya tidak teragak-agak untuk mengesyorkan novel kepada pembaca lain yang dahagakan sebuah karya yang mencabar minda untuk membuatkan kita berfikir dan terus berfikir. 

Wednesday, April 30, 2014

“Aku dan Kereta”

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya terpanggil untuk menyertai pertandingan menulis kisah "Aku dan Kereta" anjuran RichPlan Management. Bagi mereka yang belum mengetahui mengenai syarikat ini, boleh layari link yang saya sertakan untuk mendapatkan serba ringkas maklumat yang diinginkan. Selain itu, dengan teknologi yang makin canggih kini dan bersesuaian dengan tagline 'maklumat di hujung jari anda', kini anda boleh "perbaharui cukai jalan dan insuran kereta secara online" atau "renew roadtax dan insurance online". Seterusnya, layari link yang disertakan ini untuk http://bit.ly/1qs0xI9 atau http://bit/ly/1irKDru

Ermm..aku dan kereta. Kereta sememangnya keperluan masa kini. Ibaratnya, kereta adalah rumah kedua bagi manusia. Kereta kini bukan lagi kemewahan sebaliknya keperluan, sama pentingkan seperti makanan yang kita hadap setiap hari. Dengan adanya kereta, memudahkan kita untuk bergerak ke sana sini dan seterusnya menjimatkan masa dan memudahkan urusan seharian kita. Begitu juga dengan saya. Pada mulanya, saya teringin untuk memiliki kereta yang mewah dan cantik. Semuanya itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk bergaya dan memberikan kepuasan. Namun, setelah diukur di badan sendiri, akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli kereta yang saya mampu untuk 'memeliharanya'. Kereta yang dibeli bukan sahaja perlu dibayar dengan petrol dan bayaran bulanannya, sebaliknya perlu juga difikirkan dengan kos alat ganti dan membaharui cukai serta insurannya setiap tahun. Pendek kata, membeli kereta perlu difikirkan segala-galanya.

Namun, dengan kereta Kenari yang dibeli, memberikan jutaan kemudahan kepada aku sekeluarga. Sebelum ini, hanya motosikal yang sudah usang menjadi pengangkutan kami sekeluarga. Dengan motosikal itulah menjadi kenderaan seharian kami ke sana sini menabur baktiknya. Dan, setelah adanya kereta Kenari, ahli 'keluarga' baru saya, semuanya berubah sekelip mata. Bayangkan, kerena terlalu teruja dengan kereta Kenari yang baru aku miliki itu, hari pertama sahaja kereta kesayangan aku ini tiba di hadapan rumah, aku terus menyuruh mereka bersiap untuk aku 'rasmikan' kereta pertama aku ini dengan membawa ahli keluarga aku yang disayangi. Meskipun, kereta Kenari ini tidak setanding dengan kereta BMW dan Mercedes yang bergerak sepantas kilat di jalan raya, namun cukuplah asalkan kereta Kenari aku ini mampu meredah panas dan hujan tanpa membasahi aku dan keluarga yang berlindung di dalamnya. Dan kini, sudah hampir 10 tahun kereta Kenari aku ini berbakti dengan diri aku. Dulunya untuk keluarga, dan kini berbakti pula untuk suami dan anak aku pula. Aku sayangkan kereta ini biar apa pun 'penyakit' yang kereta Kenari aku ini hadapi, tetap aku akan pulihkannya agar dapat kereta Kenari ini terus dapat bergerak seperti biasa. Tekad aku hingga kini dan selamanya, kereta Kenari yang banyak berjasa dan membantu aku ini tetap akan bertakhta dan menjadi keluarga aku buat selama-lamanya dan tidak akan terlintas di hati aku untuk serahkan hak penjagaannya kepada orang lain.. Amin..


Pergi ke pulau membeli santan
Beli bersama dengan sebungkus jajan
Dialah permata, dialah intan
Itulah, keretaku 'Kenari' pujaan










Tuesday, August 9, 2011

PERJANJIAN BERDARAH

Ini ialah novel seram terbaru saya yang ketiga selepas Pewaris Senja. Akan berada di pasaran sekitar bulan Ogos ini. Dapatkan di kedai buku berhampiran anda..

PERJANJIAN BERDARAH




Sinopsis

ISBN 978-967-365-084-2
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

Pak Long Jenal bersama Pak Bakar membaca mantera sambil memuja botol yang berisi minyak dagu mayat Rokiah itu. Pak Long Jenal berkali-kali menyeru nama Rokiah sambil matanya membuntang memandang ke arah botol minyak itu. Setelah lama menyeru akhirnya minyak itu bersuara. Pak Long Jenal tersenyum. Usahanya telah berjaya. Dalam dunia ilmu hitam, bunyi yang dikeluarkan oleh minyak itu ialah suara qarin.

Kehadirannya adalah sebagai penyampai kepada manusia yang gilakan kuasa dan ilmu. Qarin sanggup melakukan apa sahaja yang disuruh dan diarahkan asalkan dijamu dengan darah. Ia telah banyak berbakti, membantu Pak Long Jenal mengubati pesakit dan melaksanakan kerja-kerja ilmu hitam. Pak Long Jenal semakin tamak. Dia sanggup menggunakkan Budin dan Eizham. Roh dan mayat menjadi permainan.

Eizham sanggup melakukan apa sahaja asalkan Fisha menjadi miliknya. Eizham mendapatkan bantuan Pak Long Jenal, bapa saudaranya. Pak Long Jenal berjanji akan menjampi minyak dagu itu supaya lebih mujarab dan menyebabkan Fisha tunduk dan patuh kepada Eizham. Kebahagiaan yang mereka cari hanya seketika sahaja. Kehidupan Eizham dan Fisha mula diganggu oleh roh arwah Rokiah. Pendamping Pak Long Jenal juga turut mengganggu kehidupan Eizham dan Fisha.

Namun perjanjian tetap perjanjian, walaupun darah bayaran…




Saturday, December 4, 2010

Namaku Bedah




Namaku Bedah binti Bedul.Nama indah pemberian ibu dan arwah bapa adalah hasil gabungan nama mereka berdua iaitu Bedul dan Hamidah.
Berkali-kali aku meminta daripada ibu supaya dia benarkan penukaran nama.Namun, katanya namaku itu tanda cinta dia dan arwah bapa.Oleh itu, aku tidak dibenarkan sama sekali menukarnya.
Bagaimana aku akan mendaftar di kolej dengan nama itu?Gadis secantik aku bernama Bedah!Tidak padan, bukan?Dengan nekad, aku menggunakan nama baru di kolej.

Namun, langit tidak selalu cerah.Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Hakikatnya, namaku tetap...
BEDAH!

P/S Akan diterbitkan pada 24 Disember ini..

Siri Si Duyung Comel : Selamakan Dania

Ini merupakan siri terbaru Si Duyung Comel. Akan mula diterbitkan pada 15 Disember ini. Nantikan juga sambungan kepada siri ini yang kini sedang dalam pemprosesan.



Sinopsis

Dania si ikan duyung sudah berjumpa dengan kembarnya Danis. Pada mulanya mereka hidup bahagia dengan Aiman dan Daniel yang sentiasa menjaga mereka. Sehinggalah pada suatu hari, Dania terkena tumpahan minyak dan kulitnya melepuh. Bermula dari itu Dania menjadi buruan seorang doktor di Australia. Dia menawarkan sejumlah wang besar kepada abang sepupu Daniel iaitu Fareez. Namun hal itu tidak diketahui oleh Aiman dan Daniel sehinggalah terjadi sesuatu.

Mampukah mereka menyelamatkan Dania dari bahaya?

Thursday, April 22, 2010

Bengkel Penulisan Kreatif di Perlis