CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, August 9, 2011

PERJANJIAN BERDARAH

Ini ialah novel seram terbaru saya yang ketiga selepas Pewaris Senja. Akan berada di pasaran sekitar bulan Ogos ini. Dapatkan di kedai buku berhampiran anda..

PERJANJIAN BERDARAH




Sinopsis

ISBN 978-967-365-084-2
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

Pak Long Jenal bersama Pak Bakar membaca mantera sambil memuja botol yang berisi minyak dagu mayat Rokiah itu. Pak Long Jenal berkali-kali menyeru nama Rokiah sambil matanya membuntang memandang ke arah botol minyak itu. Setelah lama menyeru akhirnya minyak itu bersuara. Pak Long Jenal tersenyum. Usahanya telah berjaya. Dalam dunia ilmu hitam, bunyi yang dikeluarkan oleh minyak itu ialah suara qarin.

Kehadirannya adalah sebagai penyampai kepada manusia yang gilakan kuasa dan ilmu. Qarin sanggup melakukan apa sahaja yang disuruh dan diarahkan asalkan dijamu dengan darah. Ia telah banyak berbakti, membantu Pak Long Jenal mengubati pesakit dan melaksanakan kerja-kerja ilmu hitam. Pak Long Jenal semakin tamak. Dia sanggup menggunakkan Budin dan Eizham. Roh dan mayat menjadi permainan.

Eizham sanggup melakukan apa sahaja asalkan Fisha menjadi miliknya. Eizham mendapatkan bantuan Pak Long Jenal, bapa saudaranya. Pak Long Jenal berjanji akan menjampi minyak dagu itu supaya lebih mujarab dan menyebabkan Fisha tunduk dan patuh kepada Eizham. Kebahagiaan yang mereka cari hanya seketika sahaja. Kehidupan Eizham dan Fisha mula diganggu oleh roh arwah Rokiah. Pendamping Pak Long Jenal juga turut mengganggu kehidupan Eizham dan Fisha.

Namun perjanjian tetap perjanjian, walaupun darah bayaran…




0 comments: