Judul
Buku : Mengemudi Emosi Edisi Kedua Mind Ove Mood
Penulis : Dennis Greenberger, Christine A. Padesky
Penterjemah : Abd Rahim Mohammad, Maisara Yusra, Maria Zalina Abdul Rahim
Mohammad Rasli Hussin, Norlehan Abd Samad,
Rafidah Bahari, Sabariah Abd Hamid, Shaharudin Abd Rashid
dan Wan Roslina Wan Rosli.
No.
ISBN : 978-967-460-695-4
Harga :
RM60.00 (Sem. Malaysia)/RM65.00(Sabah/Sarawak)
ULASAN BUKU
Kali pertama melihat
buku ini pada cetakan pertamanya oleh pihak ITBM, saya tertanya-tanya apakah
keistimewaannya buku ini sehinggakan terpilih diterjemahkan oleh pihak barisan
penterjemah ITBM. Saya juga berfikir beberapa kali untuk mendapatkan buku ini
kerana awalnya berasakan isi kandungannya bersifat lewah sahaja. Namun jangkaan
saya tersilap, sebaik sahaja mendapatkan buku ini dan melihat sekali imbas isi
kandungannya, saya terpaku kerana isi kandungannya adalah berkait rapat dengan
diri kita sebagai manusia.
Buku ini memaparkan
bagaimana kita sebagai manusia menilai diri melalui perlakuan emosi yang wujud
secara lahiriah dalam diri manusia. Setiap manusia di dunia ini memiliki emosi
dan penilaiannya menjadi tunjang utama dalam mendapatkan jawapannya. Meskipun
buku ini karya terjemahan, saya melihat isi kandungannya tidak lari daripada
karya asal buku ini, iaitu oleh Mind Over Mood.
Buku ini bukan sahaja
membincangkan secara ilmiah yang lengkap dengan paparan teori dan bukti jadual
bergambarajah yang mudah difahami oleh sesiapa sahaja yang membacanya. Saya
memberi jaminan, mereka yang membaca buku ini pasti dapat membantu menilai
dirinya sendiri dan secara tidak langsung melihat sendiri kelemahan diri dalam
berinteraksi dan berkomunikasi bersama dengan individu lainnya. Laras bahasa
yang digunakan dalam buku ini lebih mudah difahami berbanding karya asal yang
bagi saya larasnya terlampau tinggi akademiknya.
Selain itu, saya
tertarik dengan gaya penyampaian setiap bab dalam buku ini yang memapakan
ringkasan setiap bab. Ringkasan di setiap bab ini adalah isi penting yang wajar
diingati oleh pembaca yang membaca buku ini. Buku berkaitan emosi ini wajar
diberikan pendedahan dan dipromosikan dengan lebih giat lagi khasnya kepada
golongan remaja masa kini yang kebanyakannya menghadapi dilema dalam mengenal
diri dan personaliti diri mereka masing-masing. Ini kerana amat sayang sama
sekali jika buku sehebat ini tidak diketahui umum sedangkan di negara luar,
buku ini menjadi simpanan dan panduan dalam merubah pemikiran individu.
Akhir sekali, bentuk
fizikal buku ini juga sederhana dan mungkin boleh dipertingkatkan lagi untuk
menarik perhatian lebih ramai pembaca menelaah isi kandungannya yang 100%
memberikan kelebihan dan manfaatnya.
0 comments:
Post a Comment