CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, November 11, 2008

PETIKAN AKHBAR BERITA HARIAN

Petikan akhbar serta ulasan novel Pewaris Senja Bahagian 1 di Berita Harian pada 31/10/2008.. Dapat 4 bintang daripada Berita Harian...syukur alhamdulilah..kepada yang email saya bertanyakan tentang Bahagian Ke-2...Manuskripnya telah pun siap..sekarang dalam proses penyuntingan pihak Karnadya Solution Sdn Bhd..sabar ye...




Petikan Berita Harian

PEWARIS Senja karya Remy Ikmal membawa pembaca menelusuri masalah saka yang terkenal dalam masyarakat Melayu zaman dulu, tetapi dihidupkan pengarang buku ini menggunakan latar waktu moden bagi memungkinkan pembaca yang tidak berpengetahuan mengenai mendapat maklumat berhubung perkara terbabit. Pengarang menampilkan Fuad sebagai anak kampung yang berjaya, tetapi terpaksa berdepan dengan masalah saka kerana beliau adalah pewaris untuk keluarganya dan perkara itu hanya diketahui selepas kedua-dua orang tuanya ditemui meninggal dalam keadaan aneh di hutan. Lebih membimbangkan watak itu apabila seorang demi seorang ahli keluarganya bergelut dengan maut selain tunangannya, Raihan, menerima gangguan makhluk halus selepas kematian ibu bapanyat manakala perkara serupa turut dialami rakan serumahnya, Zida. Keadaan itu membimbangkan Fuad sehingga berasa tidak sedap hati, lalu pulang ke kampung untuk bertemu bapa saudaranya, Pak Ngah Ghani yang membongkar kisah makhluk yang mengganggu tunangnya, sebenarnya berpunca daripada perjanjian keluarga Fuad. Pak Ngah Ghani mendedahkan perjanjian nenek moyang keturunan mereka dengan makhluk terbabit berdasarkan janji sekiranya makhluk itu dapat memberi kekayaan, mereka sanggup melakukan apa saja dan sebagai galang ganti sepuluh waris perempuan keturunan itu mesti menjadi korban.Pendedahan itu menyebabkan Fuad bertekad menamatkan kisah tragis yang menimpa arwah ibu dan Mak Ngahnya yang mati dalam keadaan mengerikan serta berusaha menghalang gangguan makhluk itu terhadap waris perempuan seterusnya dengan bantuan Pak Ngah Ghani. Fuad turut mempercepatkan perkahwinannya demi menyelamatkan gadis yang dikasihinya itu dan ketika berbulan madu di Pulau Pangkor, Raihana sekali lagi diganggu memaksa mereka bertemu Pak Hashim seorang yang berpengalaman berkenaan gangguan ilmu halus. Pembaca dibawa melalui detik mendebarkan apabila kawasan rumah Pak Hashim bertukar menjadi belukar selepas Fuad pergi ke rumah orang tua itu, memaksa mereka bantuan Setiausahanya, Linda yang memberitahu jirannya di kampung, Pak Jusoh boleh membantu, tetapi hanya sekali. Remy melalui novel ini berjaya menampilkan Pewaris Senja sebagai novel seram sehingga pembaca ternanti-nanti kesinambungan kisah apabila mengetengahkan detik menakutkan ketika Raihana mengandung dan menerima gangguan daripada makhluk halus yang menyerupai suaminya. Debaran pasangan ini semakin menjadi apabila anak kembar perempuan dan lelaki dilahirkan, tetapi menangis ketika Fuad mahu mengazankan mereka sehingga memaksa membuat ujian DNA yang menunjukkan bayi lelakinya tidak mewarisi DNAnya. Siapakah sebenarnya bayi lelaki itu dan makhluk yang menyamar sebagai Fuad akan diketahui dengan membaca novel ini sendiri manakala bahagian dua novel ini membuka peluang kepada pembaca menghayati perjuangan Fuad untuk melepaskan diri daripada perjanjian keturunannya dengan makhluk asing itu.

Berita Harian ****


3 comments:

Catatan ZZ said...

Salam...
Tentu berpusu2 org nak dapatkan novel ni setelah membaca sinopsis ni.
So, citer ni dari kisah benar @ khayalan semata2 @ ada kedua2nya?

REMY IKMAL said...

Salam Tanne..kisah khayalan aje..sambil berfantasi..

Anonymous said...

Salam - tahniah atas ulasan di akhbar tsbt. Ni nk jemput bro join kem fantasi/seram/mistik/gotik - tempat sy himpunkan semua novel2 genre tersebut ... nanti emel sy di mekmulong@gmail.com ya, saya boleh jemput sdr kalo berminat ...

jemput ke blog http://fantasiarjuna.blogspot.com/