CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, June 18, 2009

DIA CINTA TERAKHIR

Novel kedua yang bertemakan cinta dan perasaan telah mula berada di pasaran. Kalau hendak tahu cinta versi luahan lelaki, bolehlah try dapatkan novel luahan hati saya ini. Fuh, jiwang la plak!


Dayana Aisha terlalu inginkan kebahagiaan. Keputusannya untuk menerima lamaran Airiel Izwan untuk membina rumah tangga di usia muda membangkitkan kemarahan abang kandungnya, Farid. Dayana Aisha tetap dengan pendiriannya. Dia tetap ingin melayari bahtera perkahwinan bersama Airiel Izwan, lelaki yang dicintainya sepenuh hati.Takdir telah merubah segala-galanya. Pertelingkahan antara Dayana Aisha dan Airiel Izwan menyebabkan Airiel Izwan melafazkan cerai talak tiga. Semuanya hanya kerana sifat panas baran Airiel Izwan. Airiel Izwan meminta rakan baiknya, Alif Danial untuk mengahwini Dayana Aisha. Airiel Izwan ingin bersama dengan Dayana Aisha semula. Namun sebaliknya terjadi. Dayana Aisha terperangkap dengan permainan janji manis Alif Danial.Mampukah permainan cinta Alif Danial dirungkai cinta Dayana Aisha dan Airiel Izwan? Bolehkah cinta mereka jadi yang pertama dan akhir? Airiel izwan terus menunggu Dayana Aisha kembali ke sampingnya…

6 comments:

Sarnia Yahya said...

Wah! Tangkap syahdu le tajuknya. Pasti tangkap leleh nya citer...

REMY IKMAL said...

Thanks kak...ala kak cerita cinta orang lelaki yang buat...hehe..

Unknown said...

Tahniah!

zara aluwi said...

Ikmal,
Cinta dari luahan seorang lelaki berbeza. Cinta mereka cinta sejati. Tahniah untuk kamu.

SEWA JUBAH said...

selamat pengantin baru!!:-)

Unknown said...

ini novel pertama yang membuatkan saya nak nangis . memang menyentuh perasaan ..