CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, July 2, 2008

NOVEL PEWARIS SENJA..

Syukur Alhamdulilah...akhirnya pihak Karnadya Solutions Sdn Bhd bersetuju untuk menerbitkan novel seram pertama saya yang bertajuk PEWARIS SENJA...sebuah kisah seram..Novel ini akan diterbitkan dalam dua bahagian di mana menurut pihak Karnadya Solutions..bahagian 1 akan dikeluarkan dahulu sekitar bulan Julai ini manakala Bahagian 2 pula sekitar bulan Ogos ini...Di bawah ini dipaparkan sinopsis belakang novel yang saya hasilkan..sama-samalah nantikannya..




Manusia adalah khalifah di muka bumi ini.Tidak hairanlah jika ada makhluk lain yang menumpang di bumi ini akan menganggu dan seterusnya menyesatkan manusia yang dianggap sebagai permainannya..

“Akan kutuntut sepuluh keturunan warismu..itu janjiku dengan nenek moyangmu..!!”

Fuad terpaksa mengharungi hidupnya.Walaupun berdampingan dengan ‘pewaris’ keluarganya sejak turun temurun, Fuad tetap mencuba untuk menghapuskannya.Perkahwinannya dengan Raihana adalah langkah terbaik untuk menjaga Raihana daripada terus diganggu.

“..sehebat mana pun kuasa makhluk di dunia ini..tiada lagi kuasa yang sehebat dari-Nya..”

Fuad mengharapkan segala-galanya berakhir.Dia ingin hidup tenang dan bahagia bersama Raihana.Biarlah kisah terdahulu luput.Dia tetap laluinya.Sesungguhnya cubaan serta dugaan dapat menguji keimanan seseorang…Hanya keimanan menangkis segala kesesatan..mudah-mudahan…Amin..

0 comments: