CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, June 5, 2008

LELAKI SEBAGAI PENULIS..

Memulakan 'kerjaya' sebagai penulis merupakan satu cabang baru dalam hidup saya.Minat untuk menjadi penulis sebenarnya telah lama sebati semenjak di bangku sekolah lagi. Tidak terlintas langsung untuk saya menghasilkan novel setebal beratus-ratus mukasurat dan dibaca oleh orang lain.Persoalanya mampukah lelaki menjadi penulis novel bertemakan cinta yang baik sedangkan diketahui bahawa kaum wanita lebih banyak mengusai pasaran menghasilkan novel cinta.Umum juga mengetahui bahawa pasaran novel di Malaysia lebih banyak menarik minat kaum wanita untuk membaca.Oleh kerana itu jugalah jika dilihat hanya beberapa kerat sahaja penulis novel lelaki yang menyelitkan diri di celah-celah kehadiran penulis wanita yang saban hari tumbuh bagaikan cendawan ini.Penulis lelaki kebanyakannya sinonim dengan penghasilan novel yang lebih banyak menjurus kepada tema seram dan thriller.Hanya pasaran itu sahajalah yang mampu membangkitkan identiti.

Saya sendiri bermula sebagai dengan menghasilkan novel bertemakan cinta dan seterusnya barulah mengorak langkah sebagai penulis bertemakan seram dan thriller.Mungkin jiwa saya lebih ke arah itu.Ideanya mudah..hanya menjadikan latar belakang masyarakat kita sebagai pemangkin idea yang seterusnya dikembangkan menjadi plot-plot cerita.Mungkin saya masih baru dan mentah untuk bertapak dalam dunia penulisan.Saya sentiasa belajar dan memperkembangkan lagi pemikiran saya agar karya yang saya hasilkan mengikut standard yang diinginkan oleh pihak penerbit.Untuk menjadi penulis yang berjaya saya tidak akan semaikan perasaan malu dan membangga diri.Bak kata pepatah ‘malu bertanya sesat berjalan..’

Saya sendiri pernah disindir apabila memaklumkan saya ingin menjadi seorang penulis.bagi mereka penulis novel sinonim dengan novel cinta yang meleret-leret.Padahal penghasilan novel adalah meluas dan tidak terbatas dalam tema cinta sahaja.Saya jadikan semuanya itu sebagai pembakar semangat dan bukannya sebagai senjata untuk saya tewas dalam terus berkarya.Saya juga akan mencuba untuk menghasilkan novel-novel berbentuk sejarah serta fiksyen sains sebagai cabang memperkembangkan bakat yang Allah kurniakan kepada saya selagi termampu…

0 comments: