Ini adalah terbaru saya bersama Karnadya. Kepada anda yang suka melatah, bolehlah dapatkan novel ini ya..hehe..opocot mak kau meletopp!!!
Sinopsis
Nurdalila tidak mahu melatah lagi. Dia malu dengan rakan-rakannya namun dia tidak dapat mengawal dirinya daripada melatah. Latahnya tidak mengira tempat dan masa. Hisyam, rakan sekelasnya selalu melatahkan dia. Setiap kali melatah, Nurdalila pasti gagal mengawal tingkah lakunya. Dia pernah menampar pipi guru disiplin sekolahnya dan akibatnya, dia didenda oleh gurunya itu.
Nurdalila telah menyertai kajian sains di sebuah hutan bersama rakan sekelasnya. Hisyam juga turut sama menyertai rombongan itu. Dia bertambah gembira apabila Nurdalila telah diletakkan sekumpulan dengannya sepanjang kajian itu berlangsung, sehinggalah berlaku kejadian yang tidak dijangkakan oleh Hisyam. Akibat sifat latah Nurdalila, sesuatu telah berlaku. Apakah yang terjadi kepada Nurdalila dan Hisyam? Mampukah Nurdalila mengubah sikap latahnya?

0 comments:
Post a Comment