Novel awal remaja saya yang pertama ini telah pun memasuki cetakan yang ke-3. Sesuatu pencapaian yang begitu membanggakan bagi saya. Saya sendiri begitu teruja apabila novel awal remaja ini laris bagaikan goreng pisang panas semasa di Pesta Buku 2009. Bukan itu saja, saya juga berkesempatan memantau sendiri sambutan jualan terhadap buku ini di sekitar kedai buku POPULAR di Ipoh dan Alor Setar. Alhamdulilah, tidak sampai seminggu buku ini telah habis di rak jualan. Mungkinkah pembaca yang membeli buku ini gemarkan kuih karipap, salah satu kuih tradisi kuih orang Malaysia? Ermm...
Ada juga email yang meminta saya menyambung kembali cerita Kerana Karipap ini kerana mereka ingin mengetahui cerita selanjutnya tentang Nur Aisha Ain dan kuih karipapnya itu. Saya hanya mampu tersenyum. Perancangan untuk menyambungnya ada cuma rasanya tahun ini saya akan fokuskan kepada sebuah lagi novel awal remaja yang akan menjengah di pasaran dalam masa beberapa bulan saja lagi. Harapnya novel yang bertajuk OPOCOT! itu akan mengikuti jejak novel KERANA KARIPAP.
Terima kasih kepada semua pembaca KERANA KARIPAP!
0 comments:
Post a Comment